Islamic Widget

Search Disini :)


I Love You




I wish ur in my shoes.. :)

Like disini :)

Saturday, April 9, 2011

  • mengenali sseorang itu kdgkala m'buat kite ketawa..
    mengenali sSeoRg itu jG kdGkaLa m'buat kiTe mengalir AiRmaTa...
    sesGGuhNyA,
    menganali sSeoRg itu mMpU m'beRi KiTe sUjuTa rSe..
    mRh,sEdiH,gEmBira,SyG & riNdU..
    ...TaPi..sEdarKah kiTe?mEnGenaLi sSeOrG iTu sBnRnYa aDaLaH 1 ANUGERAH..bIarpun haDirnya HnyA sEkeTika & sekadar TEMAN SEMENTARA.. B'sYukurLaH dGn keHadiranNya kErNa bAraNgkaLi mElaLuiNyA kiTe mNgerti ape iTu eRti pErsAhAbATan..

ETIKA DAN BATAS DAN BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Peringatan buat sahabat2 dan jua pada diri ini yg sentiasa khilaf  padaNya. Antara etika dan batas pergaulan yg dpt ku kongsikan di sini, kesinambungan dari artikel Fatwa Ulama’ mengenai couple. Moga mendapat manfaat…mari kita renungkan bersama..
ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

aqad


 1. Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya; “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita yg beriman, ALLAH berfirman; “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 31)
 
2. Menutup Aurat:
ALLAH berfirman, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.” (An-Nur: 31)
Juga FirmanNya; “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nur: 59)

3. Adanya pembatasan antara lelaki dengan wanita:
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan:
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis:
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; “Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.” (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (As-Sohihah 1/448)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Antara etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (Al-Isra: 32)Waalaikumussalam

file:///E:/personal/Photo/sai.htm

Friday, April 8, 2011

CARA MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA FITNAH DAJJAL

Cara-Cara Menyelamatkan Diri Daripada Fitnah Dajjal
Rasullullah telah mengajarkan kita bagaimana cara untuk menyelamatkan diri daripada fitnah Dajjal. Antaranya adalah;

1. Selalu menjaga doa sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah SAW pada akhir setiap solat ( setelah tahiyat akhir ) seperti berikut:


Barangsiapa yang berlindung kepada Allah, maka Allah akan melindunginya, dan barangsiapa yang menjaga doa ini maka Allah juga akan menjaganya.

2. Menghafal surah Al-Kahfi atau sepuluh ayat yang di awalnya atau sepuluh ayat yang di akhirnya. Bahkan orang yang menghafal tiga ayat sahaja di awal surah Al-Kahfi, maka ia terjaga daripada fitnah Dajjal.

Telah bersabda rasulullah SAW yang bermaksud;
" Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal"

Maka barangsiapa yang ditakdirkan oleh Allah untuk melihat Dajjal hendaklah ia meludahi mukanya, seakan-akan ia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat dan hendaklah ia membaca ayat-ayat awal atau akhir dari surah Al-Kahfi semoga Allah menyelamatkannya daripada Dajjal

3. Barangsiapa yang mendengar kemunculan Dajjal hendaklah ia berlindung di kota Mekah atau Madinah kerana kedua-dua tempat ini tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

4. Barangsiapa yang tidak mampu melakukannya tiga hal di atas, hendaklah ia lari daripada berdepan dengan Dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa.

sumber:[ Petikan Buku ' Perang Armageddon & Kedatangan Imam Mahadi' karangan Amin Muhammad Jamaluddin, m/s 154-155]

TIPS ELAK MENGUMPAT

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi.

Masa tu,kalau dah bersama,mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan.

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.

Masing-masing ada kekurangan.Cepat-cepat istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak dapat juga..sebaiknya kita pergi dari situasi ni.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang,sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..

tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun.

.sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu secara Tertib.

Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.

Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.

5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke.

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga..sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan,paling tidak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Terakhir,Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.


ni serba Sedikit cara2nya..
semuanya bergantung pada niat masing2 untuk pelihara diri
dan jaga ukhwah sesama saudara..
semoga kita tergolong dalam golongan orang yg bersyukur atas nikmat.. :) :)
Renung2kan dan selamat beramal..